Monday, April 13, 2009

Saya Tidak Suka.

Saya tidak suka peperiksaan.




Mengapa?




Kerana peperiksaan menakutkan saya.

Kerana peperiksaan, saya selalu stress dan tension.

Kerana peperiksaan memeningkan kepala saya.

Kerana peperiksaan mendebar dan menggegarkan jantung saya.

Kerana peperiksaan menyebabkan banyak jerawat tumbuh sesuka hati mereka di sana sini dan di situ.

Kerana peperiksaan menyebabkan haid saya tidak betul atau tidak normal.

Kerana peperiksaan menyebabkan saya tidak cukup tidur atau tidak boleh tidur sama sekali atau dua kali atau tiga kali.

Kerana peperiksaan, mata saya kurang menawan hati kalbu kamu. Lingkaran hitam sudah meraih tempat masing-masing.

Kerana peperiksaan menyebabkan hati ini tidak tenang.

Kerana peperiksaan menyebabkan saya tidak boleh berblog.

Kerana peperiksaan menyebabkan saya selalu makan dengan banyak dan rakus sekali.

Kerana peperiksaan menyebabkan saya selalu lapar!

Kerana peperiksaan menyebabkan pemakanan dan diet saya tidak betul. Kerana saya asyik makan makanan segera ataupun makanan ringan sahaja.

Kerana peperiksaan, saya haruslah membeli bermacam jenis stok makanan untuk dimakan ketika saya stay-up di dalam bilik saya.

Kerana peperiksaan akan memaksa saya belajar dengan lebih lama dan lebih lanjut untuk mengetahui keterangan yang lebih spesifik.
Dan disamping itu juga, saya suka minum air mineral banyak-banyak sambil belajar. Maka dengan itu, kerana peperiksaan, saya akan selalu ke tandas untuk membuang air yang telah diminum tadi.

Kerana peperiksaan, saya haruslah membeli air mineral banyak-banyak dan juga tisu tandas dengan banyak sekali.

Kerana peperiksaan, saya haruslah memfotostat banyak nota-nota ataupun kertas peperiksaan tahun-tahun yang lalu dan juga mem-print nota-nota slides atau nota apa jua sekalipun, demi membantu dan memudahkan saya untuk membaca ayat-ayat dalam buku teks yang tebal nak mati itu dan juga mempermudahkan saya menjawab soalan. (ye la tuh!)

Kerana peperiksaan, saya terpaksa membeli bermacam jenis ubat jerawat dan krim penjagaan muka dan juga losyen untuk mata saya ini.

Kerana peperiksaan, saya dilarang keluar ke tempat-tempat yang menarik seperti Warehouse Sales atau Pusat Membeli-belah yang terkemuka di Kuala Lumpur atau di mana-mana sahaja!

Kerana peperiksaan membosankan!

Kerana peperiksaan yang lama sebegini memenatkan akuuu laaaaaa!!

Kerana peperiksaan menyebabkan duit aku keluar banyakkkkkkkk sangatttt la weh!!!




Justeru itu, saya tidak sabar untuk tunggu 15 hari bulan. Kerana gaji saya masuk ketika itu. hehe. =P



Maka dengan itu, bila nak habis exam nii oi??!



Oh.. saya telah buang masa. Maka saya seharusnya berhenti di sini dahulu.


Selamat jalan! Tata!









budak yang sedang tension.

8 comments :

  1. A good rendition about peperiksaan.

    Seriously exam sucks!

    ReplyDelete
  2. ya sy jugak tak suka exam..sbb nnt dapat result..sgt benci time tu..

    ReplyDelete
  3. i pun kena munch2 while studying. kalau tak, tak leh concentrate. hehe. all the best!

    ReplyDelete
  4. sabar ek wani..
    hehe..
    cian sungguh baca..

    cam sungguh ler menyusahkan exam nih kan..
    tapi mmg pun..
    masa nilah segala macam benda menyeronokkan berlaku..

    ReplyDelete
  5. hehehe i liiikkee this~!
    betoiiii semuanyaaa.

    good luck wani =)

    ReplyDelete
  6. biasa lah tuu!

    aku dulu pun tak le tido mlm, jantung berdebar2, kuat mkn, nak terberak je bila nak masuk hall periksa and so much more.

    those feelings selalunye org yg betul2 nak jawab periksa so that they pass with flying colors...

    thank god it's over now for meeee!!!! haha


    gud luckkkk

    ReplyDelete
  7. Ermmmm mana lagi tak suka

    peperiksaan or time nak dapat tau result :P

    BYW, sape suka exam?

    ReplyDelete

Copyright © 2014 Shazwani Hamid's Blog